Pinjaman perumahan merupakan elemen penting dalam menentukan sejauh mana kesediaan pelanggan untuk memiliki rumah idaman. Justeru itu, syarikat mengambil inisiatif untuk membantu memberikan khidmat nasihat dan rundingan dari segi syarat-syarat kelayakan pemohon bagi mendapatkan pinjaman perumahan samada dengan kerajaan mahupun dengan bank -bank perdagangan. Borang-borang permohonan disediakan di pejabat dan pelanggan juga boleh mendapatkan 'first hand' panduan dari segi kelayakan pinjaman mereka.  

       Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat dari kami untuk sebarang bentuk pinjaman perumahan secara Islam baik pinjaman kerajaan mahupun pinjaman bank. Dengan penyediaan dokumen-dokumen perlu di pejabat kami, urusan permohonan pinjaman perumahan anda dapat dijalankan dengan lebih pantas. Kemukakan maklumat-maklumat tentang diri dan pendapatan anda bagi kami mendapatkan anggaran jumlah pinjaman yang anda layak. Selebihnya pihak kami akan uruskan dari A hingga Z.

 

 
 
 
  Laman Utama  |  Webmaster   |  Email                                                                                     Copyright  © 2003  RekaBina Sdn. Bhd. All rights reserved